Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. <<<>>>> >>
“Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah…” semasa sakaratul maut menghampiri kami..."
Saturday, October 24, 2009
Wednesday, October 21, 2009
...KEMATIAN ITU SATU PERINGATAN...
Hidup ini adalah sesuatu yang penuh dengan rahsia.. setiap yang berlaku telah Allah tentukan... Setiapnya mempunyai rahsia di sebaliknya.. hidup dan mati itu sesuatu yang pasti terjadi dalam hidup seseorang.. Kematian itu juga sebenarnya satu perkara yang rumit yang tidak kita ketahui masa, bila terjadinya dan bagaimana ia terjadi.. namun kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa bersedia.. cuba kita fikirkan andai jika kita terlibat dengan satu aktiviti mendaki gunung, pasti kita akan membuat persiapan untuk menghadapi hari itu seperti meningkatkan stamina dengan bersenam, peralatan yang di bawa juga disiapkan dengan selengkapnya agar ketika mendaki nanti, kita tidak kelaparan, kehausan serta mempunyai tenaga yang cukup untuk sampai ke puncak gunung.. jadi begitu jugalah dengan persiapan kita untuk menghadapi hari kematian yang tidak tahu bila berlakunya.. bagaimana dengan bekalan rohani, amalan serta persiapan yang perlu dibawa untuk menhadapi hari akan datang.. Kematian itu satu peringatan.. kadang kala kita tidak terfikir akan ada kematian yang terjadi di sekeliling kita.. kematian yang terjadi itulah yang membuatkan kita tersentak, terkejut, tergamam atau tak terkata dengan peringatan demi peringatan yang tuhan berikan tanpa kita sedari.. kematian itu terjadi bukan sahaja kepada orang yang sakit, malah tuhan boleh ambil semula apa yang dipinjamkan daripada orang yang sihat...jadi kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa beringat dan saling memperingatkan agar kita tidak alpa, leka dan lupa dengan apa yang tuhan pinjamnya....
Wednesday, October 7, 2009
...SALAM....
melihat ramai yang menggunakan blog untuk berkomunikasi di alam maya ini membuatkan saya terpanggil untuk berjinak-jinak dengan blog...ia suatu yang menarik jika kita suka berkongsi sesuatu..harap pemulaan ini menjadi lebih menarik dan lebih menarik walupun belum pandai lagi....hihi
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")