Hari ini sekolah ada mengadakan majlis perpisahan pengetua SMK Taman Connaught..... Pertama kali datang sekolah ni, pandangan pertama mengenai beliau adalah beliau seorang yang tegas dan wanita yang hebat.... Walaupun tanpa mengenali beliau...
Dalam masa yang singkat ni dan walaupun belum pernah bekerjasama dengan beliau, aku dapat mempelajari banyak benda....antaranya
PRIHATIN DENGAN PELAJAR
SEDIA BERKHIDMAT
TEGUH PENDIRIAN
Dan hari ini semasa berpelukan dengan beliau dalam majlis perpisahan, beliau ada menyebut " JADI GURU YANG BAIK DAN TERIMA KASIH" wah..."BAIK" tu merangkumi semua maksud kot..... IKHLAS, BERTANGGUNGJAWAB, BERDEDIKASI, BERKASIH SAYANG dan macam-macam BER la kot...
tapi apa pun, terima kasih bagi kata-kata semangat...
SAYA CIKGU BARU NAK MENGAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN...
ehh.....boleh lak gitu....anyway.... terima kasih atas segala cerita-cerita motivasi yang diceritakan oleh beliau... semua itu sangat menjadi motivasi sebagai seorang guru...ibarat seorang ibu yang bercerita kepada anak-anaknya bagaiman hendak menjadi seorang yang baik... Doakan aku menjadi guru dan pelajar yang baik...aminn..
Ya Allah,
Hamba ini sering melakukan kekhilafan,
Bantulah aku memperbaiki kesilapan ku,
Peringatkanlah aku dengan petunjuk Mu......