Sunday, January 17, 2010


...GERHANA MATAHARI...


Penampakan Gerhana matahari cincin dari India. Sumber (Reuters/Rupak De Chowdhuri)
Pada 15 Januari 2010


Menurut catatan sejarah bahawa gerhana matahari telah berlaku pada 10 Rabiul Awal tahun ke-8 hijriah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera baginda SAW iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari. Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang mafhumnya:

“Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu” (Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari)

Sesungguhnya berlakunya gerhana matahari atau bulan memang menjadi tanda kebesaran Allah dan supaya manusia bersyukur terhadap-Nya tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Allah SWT Maha berkuasa di atas segala sesuatu. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 71-73:


Maksudnya: “Katakanlah: Bagaimanakah pandanganmu jika Allah menjadikan malam kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah selain Allah yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar? Katakanlah: Apakah pendapatmu jika Allah menjadikan siang kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah tuhan selain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat? Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

Mudah-mudahan dengan adanya rahmat Allah tersebut, maka dapatlah manusia itu berterima kasih kerana telah banyak menerima budi yang patut dibalas. Allah SWT tidak sekali-kali mengharapkan pembalasan. Tetapi apa yang patut dilakukan sebagai tanda syukur dan berterima kasih itu hendaklah manusia memuji Allah setulus-tulusnya dan seikhlas hati tanpa menyekutukan-Nya.

Hikmah pengajaran daripada kejadian gerhana ;

Pertama : Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam;
Kedua : Memperingati tentang nikmat syurga dan azab neraka;
Ketiga : Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaituAllah;
Keempat : Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amalkebajikan sepanjang masa; dan
Kelima : Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaandan keingkaran mentaati perintah-Nya.

Tuesday, January 12, 2010

MUHAMMAD HANZALAH B MOHAMMAD MUSTAQIM

SIFAT -SIFAT ANAK KELAHIRAN DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s : SEMOGA HANZALAH MEMBESAR DENGAN NILAI-NILAI YANG BAIK DAN MENJADI SEORANG YANG DISENANGI ORANG RAMAI...

Tuesday, November 17, 2009

...TATKALA PERPISAHAN TERJADI...

Lafaz bismillah pemanis kata, penyulam ungkapan...

Hemmm.... dalam hidup kita ini tak lari dari perpisahan. Biasanya kita selalu mendengar "Setiap pertemuan pasti ada perpisahan." Benarkah begini? Adakah setiap yang kita temui dan bersama itu tetap akan menghadapi satu hari yang agak menyakitkan iaitu perpisahan? Jika begitu mengapa mesti ada pertemuan..


Inilah yang sering pertanyakan. Tiada orang yang mahukan perpisahan terjadi melainkan pasangan yang tiada persefahaman dan tidak mahu hidup bersama lagi. Perpisahan itu satu yang perkara yang ingin dijauhi oleh semua orang apabila kita berasa gembira dan senang bersama. Namun kesenangan dan kegembiraan bersama yang terdetik pada saat 'pertemuan' itu sering dicemburui oleh 'perpisahan'. Walaupun ia sangat menyedihkan, mengapa tidak kita merelakan.

Tatkala berlakunya sesuatu perpisahan, manakah yang akan lebih terluka? Yang pergi meninggalkankah atau yang ditinggalkan? Bergantunglah kepada situasi perpisahan itu. Hakikatnya kedua-duanya terluka. Bukankah kita sudah banyak kali menghadapi perpisahan? Mengapa kita tidak bersedia untuk itu? Sebenarnya kita takut perpisahan kerana kita takut kesunyian, kesedihan, kesepian tanpa teman, sahabat dan rakan seperjuanagan.

Jika kita memikirkan hal-hal ini, sepatutnya kita perlu berbalik kepada Allah Taala. Allah merencanakan semua ini ada hikmahnya. kita perlu sedar bahawa setiap apa yang kita miliki ini hanya Allah yang punya. Tiada yang kekal menjadi milik kita. Sebab itulah kita dapat melihat fitrah kehidupan, apabila ada pertemuan pasti ada perpisahan, apabila ada permulaan pasti ada pengakhirannya dan apabila ada kegembiraan pasti ada kesedihan. Bukankan unik perencanaan Allah ini?

Setiap yang terlakar dalam tempoh pertemuan itu akan tercoret dalam sejarah kehidupan kita sebagai kenangan. Setiap suka, duka, ketawa, tangisan bersama akan disimpan di dalam memori agar ia menjadi asam garam dalam diari kehidupan kita.

Akhirnya, kata maaf pasti terucap di bibir andai sepanjang pertemuan ini melakarkan kelukaan di hati, agar luka itu kembali sembuh dan tidak melarat parah.

p/s: penulisan ini khas buat teman-temanku yang telah menamatkan pengajiannya pada semester ini di Universiti Utara Malaysia. Andai ada terkasar bahasa, terguris hati sepanjang kita belajar bersama, ampun maaf diminta.

Andai suatu hari nanti kita dipertemukan semula, pasti menjadi semakin indah. Setiap saat kita bersama akan dirindui dan menjadi sebuah kenangan yang indah. Selamat menempuhi alam kehidupan yang sebenar.

Saturday, November 14, 2009

...ERTI PERSAHABATAN...


Saat Gembira Tertawa
Saat Berduka Kita Sama-sama
Duduk Bermuram Durja
Kita Saling Memerlukan
Menghormati Satu Ikatan
Itulah

Ertinya Persahabatan

Ada Kalanya Terkasar Bahasa
Tapi Kita Saling Memaafinya
Pahit Manis Kecapi Bersama
Bersatu Hadapi Segala
Oohhh

(Korus)
Bersamalah Teman Kita Hargai
Mahkota Suci
Oohhh
Bersamalah Teman Kita Harungi
Istana Erti Persahabatan

Berkekalanlah Hendaknya
Kemesraan Diantara Kita
Seandainya Tak Lagi Bersama
Semat Kenangan Mengusik Jiwa
Oohhh
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Sunday, November 1, 2009

...PEPERIKSAAN YANG BAKAL TIBA...

Pernahkah anda terfikir suatu hari anda akan melalui satu hari yang agak menggerunkan iaitu peperiksaan... bila tiba nak diuji ini, kita akan merasa seram sejuk, gelabah, cemas, kecut perut, sebu perut, malah sakit perut nak 'terbuang' pun ada.... eee betul la..rasanya semua akan laluinya perasaan sedemikian walaupun sedikit...
erm semalam hari pertama peperiksaan akhir semester di uum.... kecut juga la...nasib tak da paper semalam... tengok orang lain memulakan exam lebih baik dari kita yang mulakan...
ambil semangat diorang semua untuk menghadapi peperiksaan hari esok ni....
macamana nak tenang ketika musim peperiksaan ye?... senang je, asalkan jangan menggelabah...hehe.. tak tau la... sebenarnya kita kena set dalam minda tentang semangat nak menghadapi peperiksaan ni...
erm..walaupun dalam pencapaian kita sebelum ini lemah, tidak bermakna kita akan kalah...peluang untuk berjaya tetap ada... Orang yang kalah ialah orang yang menyerah sebelum berjuang...
Penamat perjuangan ialah nyawa..selagi jasad masih bernafas selagi itu perjuangan kita perlu diteruskan...
hehe...akhir kata kita perlu gengam tangan memasang impian dan katakan dengan sekuat hati
"AKU NAK BERJAYA!!!!!"

Saturday, October 24, 2009

...RAHSIA SOLAT DAN WARNA...


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. <<<>>>>>>

Wednesday, October 21, 2009

...KEMATIAN ITU SATU PERINGATAN...


Hidup ini adalah sesuatu yang penuh dengan rahsia.. setiap yang berlaku telah Allah tentukan... Setiapnya mempunyai rahsia di sebaliknya.. hidup dan mati itu sesuatu yang pasti terjadi dalam hidup seseorang.. Kematian itu juga sebenarnya satu perkara yang rumit yang tidak kita ketahui masa, bila terjadinya dan bagaimana ia terjadi.. namun kita sebagai hambaNya haruslah sentiasa bersedia.. cuba kita fikirkan andai jika kita terlibat dengan satu aktiviti mendaki gunung, pasti kita akan membuat persiapan untuk menghadapi hari itu seperti meningkatkan stamina dengan bersenam, peralatan yang di bawa juga disiapkan dengan selengkapnya agar ketika mendaki nanti, kita tidak kelaparan, kehausan serta mempunyai tenaga yang cukup untuk sampai ke puncak gunung.. jadi begitu jugalah dengan persiapan kita untuk menghadapi hari kematian yang tidak tahu bila berlakunya.. bagaimana dengan bekalan rohani, amalan serta persiapan yang
perlu dibawa untuk menhadapi hari akan datang.. Kematian itu satu peringatan.. kadang kala kita tidak terfikir akan ada kematian yang terjadi di sekeliling kita.. kematian yang terjadi itulah yang membuatkan kita tersentak, terkejut, tergamam atau tak terkata dengan peringatan demi peringatan yang tuhan berikan tanpa kita sedari.. kematian itu terjadi bukan sahaja kepada orang yang sakit, malah tuhan boleh ambil semula apa yang dipinjamkan daripada orang yang sihat...jadi kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa beringat dan saling memperingatkan agar kita tidak alpa, leka dan lupa dengan apa yang tuhan pinjamnya....