Tuesday, September 28, 2010

...RINDU RASULULLAH...

Nak kongsi sebuah artikel mengenai "Hebatnya Rindu Rasulullah terhadap Umatnya"

Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw.


Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.?

Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.

Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?'

Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku'

Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..

'Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.'

'Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku'

'Aku sangat rindu untuk bertemu mereka'..

Sedangkan Rasulullah mempunyai rasa rindu..inikan pula kita umatnya yang manusia biasa...

Ya Rasulullah.. masukkanlah nama2 kami dan kaum keturunan kami sebagai mereka yang mendapat syafaatmu diakhirat kelak... Kami merinduimu Ya Rasulullah.



Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Monday, September 20, 2010

...RINDU...


Betul kata orang : bila kita meninggalkan sesuatu pasti kita akan merinduinya.. bila rindu pasti ada jarak di antaranya...kenangan-kenangan bersama kian membuatku teringat akan teman dan guru-guruku..
MySpaceMySpace

hari ini..aku mula merindui zaman sekolah ku...
aku merindui guru-guru yang mendidik dan memberi tunjuk ajar ku yang tak berapa nak pandai ni.....Cikgu, terima kasih mendidik saya....(hihi)
MySpace
hari ini, aku mulai merindui kawan-kawan sekolah di hisamuddin......
teringat masa bersama...duduk kat asrama dan sekolah...belajar, makan, tidur, ketawa dan menangis bersama....ingat lagi bila semua berkumpul dan luahkan rasa antara satu sama lain...tapi itu semua kenangan yang terukir tetap di hati...
di antara kita tahu akan kelemahan dan kelebihan sesama kita yang membolehkan kita saling mendokong antara satu sama lain...
kini masing-masing dah ada kehidupan sendiri...tak mungkin semua itu akan diulang kembali....
MySpaceMySpace

hari ini,aku mula merindui zaman pengajian ku di uum...
duduk dalam hutan rimba yang sangat damai(hehe)...
walau jauh di ceruk dunia..ia tetap di hati kerana di situ aku mencari ilmu, mengenali teman-teman yang setia bersama... kita mula mengenal erti kerjasama, keikhlasan, persahabatan dan segalanya bersama..... kita gembira, bersedih, ketawa, menangis, bercerita, tidur, semua dalam satu buku kenangan yang tak akan hilang dakwatnya....
MySpace
pensyarah-pensyarah yang mengajar ku erti kehidupan....
yang setia menanti kejayaan hasil didikannya...terima kasih...
MySpace

RINDU INI MEMBUATKU INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA
YANG SENTIASA BERSAMA KERANA SUDI MENJADI....
MySpaceMySpace
penghiburku bila aku bersedih..
gembira bersamaku bila aku ketawa...
tukang cerita bila aku mendengar...
pendengarku bila aku bercerita...
radioku bila aku kesunyian...
MySpaceMySpace
tongkat ku bila aku 'hilang' kaki...
ubatku bila aku sakit...
memberi semangat kpd ku bila aku putus asa...
menarikku bila aku jatuh...
MySpaceMySpace
memberi tunjuk ajar bila aku tak tahu...
menegurku bila aku melakukan kesilapan...
memberi idea bila aku kebuntuan...
MySpaceMySpace
menghulurkan ku ketika aku memerlukan..
tukang masakku bila aku lapar..
MySpaceMySpace
dan segalanya yang semua kawan-kawan buatkan untuk ku....
terima kasih semua...
aku tak boleh menjadi segalanya...
namun, jika diberi pilihan aku ingin menjadi segalanya
HINGGA AKHIR HAYAT KU...
(~_~")
MySpace
RINDU TEMAN KU..
MySpace
RINDU SEMUA...
MySpace
HUHU.....
MySpace










Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")