Tuesday, May 31, 2011

...BUAT PEMILIK CINTA...



Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.
MySpaceMySpace

Cinta bukanlah hanya dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
MySpace

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
MySpaceMySpace
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.

MySpace

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
MySpace
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
MySpace
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat dan jodoh sebenarnya.
MySpaceMySpace



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
MySpace

Cinta itu tidak datang bergolek, juga tidak datang secara melayang. Namun cinta itu hadir secara halimunan, tanpa kita sedarinya.
MySpace
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Sunday, May 29, 2011

...PANGGILAN-MU...


Inilah saya ketika zaman kanak-kanak... Alhamdulillah, kini umur ku 24 tahun... Masa berlalu tanpa menunggu sedetik waktu... Makin bertambahnya umur kita makin hampirlah kita ke arah kematian...

Syukur ke hadrat Illahi, Tuhan masih lagi memberiku peluang untukku bernafas di muka bumi mu ini, menuntut ilmu di 'sekolah' Mu, bekerja di 'tempat kerja-Mu', menikmati kehidupan yang baik dalam kehidupan duniawi Mu ini...

Tatkala berhadapan dengan seseorang yang sedang menghadapi saat-saat akhir kehidupannya, hati ku mula hiba dan sayu...

Adakah aku sudah menggunakan setiap bilangan umur ku dengan taat kepada suruhan-Mu??

Adakah aku mendapat keberkatan setiap saat kehidupan ku ini???

Adakah aku seorang yang baik pada pandangan Mu??

Adakah aku layak untuk syurga-Mu??

Apakah yang selayaknya untukku di akhirat mu???



Ya Allah...
Sesungguhnya aku takut kepada-Mu..
Namun aku masih mahu mendekati-Mu..
Tetapi aku sentiasa leka, cuai dan alpa dengan nikmat-Mu..
Tanpa aku sedari, aku jauh dari-Mu...
Aku makin jauh dari-Mu...

Ya Allah..
kurniakan keberkatan dan rahmat sepanjang usiaku..
Ikhlaskan hatiku dalam beramal..
Jadikan seorang aku hamba yang benar-benar bertaqwa..
Berikanlah kebaikan untuk ku di dunia dan akhirat-Mu..
Temukan ku juga jodoh dengan suami soleh yg membahagiakan aku dunia dan akhirat..

Ya Allah..
Apabila Engkau 'memanggilku' ambillah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah dan sempatkanlah aku mengucapkan kalimat "LA ILAHA ILLALLAH"
Sesungguhnya aku rasa takut akan nearaka Mu.....
Amin..

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Sunday, May 22, 2011

...SAKIT ITU UJIAN...


Sakit itu adalah ujian, ujian itu satu peringatan dan penyedaran diri...

Semalam, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang terjadi di hulu langat yang meragut nyawa 16 orang anak-anak yatim Madrasah Hidayah At Taqwa.. Tak dapat bayangkan betapa sedihnya... Apatah lagi mereka semua anak-anak yatim... Namun Allah lebih menyayangi mereka..Moga mereka di golong dalam kalangan yang beriman..

Semalam juga, pak cik yang duduk di rumah depan ni pula jatuh sakit.. Katanya, dia sesak nafas dan hari ini dia dikatakan koma.. Semasa di hospital, terpandang aku kat katil-katil sebelah pak cik tu...kebanyakkannya dalam keadaan koma iaitu separuh hidup dan separuh mati... Ramai sedara -mara, jiran tetangga yang datang melawat keadaan pesakit....


Bagaimana dengan kita yang masih sihat dan lapang ini??

Adakah kita sedar akan semua ini??

Tidakkah kita tahu semua ini peringatan tuhan agar kita sedar??


Sesungguhnya, sakit itu adalah satu ujian, namun ketika kita sihat juga merupakan satu ujian yang tanpa kita sedari...

Bagaimana kita menghabiskan masa dan menghargai waktu sihat ini....
Sakit dan musibah itu datang dari Allah untuk hambanya dan mempunyai sebab dan hikmah disebaliknya...
Jadi, bersamalah kita beringat dan sentiasa beramal dengan suruhanNya...


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Ya Allah... 
Engkau jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar dengan setiap ujian dan dugaan Mu...


p/s : Takziah buat setiap perkara yang terjadi...

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Saturday, May 21, 2011

...TATKALA KITA SUNYI...


Tatkala kita sunyi dan kesedihan terhadap manusia, tidak bermakna kita bersendirian...
Allah sentiasa ada untuk kita...
Allah ada masa kita senang, gembira, lapang, sempit, sunyi dan sedih...
Namun, sikap kita yang lupa dan leka sering melupakan 'kehadiranNya' di sisi kita...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang kita lebih dari segalanya...
Dialah Teman..
Dialah Kawan..
Dialah Kekasih...
Dialah yang sentiasa menjadi segalanya  kepada hamba-hambaNya....
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, May 20, 2011

...Pabila kita leka dan alpa...

Hari ni tetiba rasa sesuatu yang 'hilang' dan 'jauh' bila terbaca kata-kata ini......
Kadang-kadang kita rasa jauh dengan-Nya...
Ya Allah..dekatkanlah hatiku dengan Mu...


Cecahkan dahimu ke sejadah 
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan 
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan 
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan 


Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan 
Dengan kain kafan yang serba putih 
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih 
Walaupun orang yang hadir itu merintih 

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai 
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah 
Dengan empat kali takbir dan satu salam 
Berserta Fatihah, Selawat dan doa 
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah 

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus 
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? 
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud 
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian 

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat 
Usungl! ah dirimu ke tikar solat 
Sebelum kamu diusung ke liang lahad 
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat 

Iringilah dirimu ke masjid 
Sebelum kamu diiringi ke Pusara 
Tangisilah dosa-dosamu di dunia 
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' 

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan 
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan 
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan 
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan 

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal 
Bukan yang pergi 
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan 
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan 
Ingatlah di mana saja kamu berada 
Kamu tetap memijak bumi Tuhan 
Serta menikmati rezeki Tuhan 

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya 
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya 
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi 
segumpal darah Lalu menjadi seketul daging 
Lalu daging itu membaluti tulang 
Lalu jadilah kamu insan y! ang mempunyai erti 
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu 
Yang kalau jatuh ke tanah 
Ayam tak patok itik tak sudu 
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu 
Yang lebih agung dari malaikat 
Lahirmu bukan untuk dunia 
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat 

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' 
Dengan penuh rela dan bersedia 
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' 
Jalan kemenangan akhirat dan dunia 

Ingatlah yang kekal ialah amal 
Menjadi bekal sepanjang jalan 
Menjadi teman di perjalanan 
Guna kembali ke pangkuan Tuhan 

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera 
Isteri, kad kredit dan kereta 
Kondominium, saham dan niaga... 

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Monday, May 2, 2011

...ALHAMDULILAH...

Alhamdulilah...
Syukur pada Illahi...
Abi dan Ummi dapat menunaikan Umrah di tanah suci Allah.......
Ini merupakan kali pertama dan Insyaallah moga akan ada lagi untuk kali kedua untuk menunaikan ibadah di sana...
Moga Abi dan Ummi dipermudahkan segala urusan......
Penyucian diri ini bermakna juga penyucian hati....
Moga kami pun berpeluang untuk ke sana....
InsyaAllah....
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")