Wednesday, April 21, 2010

...KISAH RASULULLAH DAN ANKNYA FATIMAH...

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu. "

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah' , 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya


Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, April 16, 2010

...WANITA DAN POKOK SEMALU...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Jadi, sebagai kaum hawa, perlulah kita untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. Sesungguhnya, menjadi seorang wanita pada hari ini kian menghadapi cabaran.

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Thursday, April 15, 2010

..LOVE ISLAM...


Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Tuesday, April 13, 2010

...TERSENYUMLAH...


Senyuman tidak akan ada harganya kalau tidak terbit dari hati yang ikhlas dan tabiat semula jadi manusia. Setiap bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan laut juga tersenyum. Langit, bintang-bintang, burung-burung turut tersenyum. Namun, mengapa kita sering 'kedekut' dengan senyuman? Apakah kita tidak tahu ertinya sebuah SENYUMAN itu.

Apalah gunanya semua yang ada di dunia ini kalau muka selalu sedih seperti balik dari menghantar orang meninggal?

Apalah gunanya kecantikan seorang wanita, andai wajah itu dihiasi dengan reaksi masam mencuka?

Apalah gunanya seorang sahabat di sisinya, andai tidak menghargainya dengan sebuah senyuman?

Apalah gunanya jasad yang ada dalam badan kita andai kita sentiasa merosakkannya dengan perasaan yang negatif dalam diri tanpa tersenyum?

Orang Arab senang memuji orang yang murah senyuman dan selalu nampak riang. Menurut mereka, orang yang tersenyum merupakan petanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati kewibawaan perangai dan kecerdikan fikiran.
Muka yang berseri petanda suka memberi,
dan, tentu ia bersuka cita ketika dipinta sesuatu..
Maka, marilah kita tersenyum kerana senyuman itu tidak memerlukan bayaran. Hanya akan membuatkan hati kita tenang, gembira dan hilan segala kesedihan.

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Sunday, April 11, 2010

...PERJALANAN BERSAMA TEMAN ll ...



Destinasi seterusnya adalah kawasan air terjun di Lata Bayu di Baling. Kami ambik tempat di peringkat tengah-tengah.. Ye la nak naik atas lagi tak larat kot... Da jumpa air tu apa lagi, masing-masing berendam kecuali each je yang bertindak sebagai jurukamera kami sebab dia tak nak mandi....hehehe..

K.huda orang pertama yang duduk betul2 bawah air terjun, pastu baru ku ikut dia serta Shima Pahang. Air yang turun dari atas sangat kuat bila terkena badan, mula-mula tu rase macam batu yang jatuh atas kepala... Seronok la juga... pertama kali duduk betul2 bawah air terjun...

Setelah kami mandi2..suma perut lapar, nasib ada bekal yang dibekalkan Mak Nurul... Kami makan beramai2.. Setelah itu, sambung mandi semula untuk membersihkan diri. Lebih kurang pkul 4 kami salin pakaian yang basah tu... Setelah siap, kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Merdeka di Sungai Petani...Kami duduk di tepi pantai sambil bergambar, makan2 dan menikmati keindahan matahari terbenam...Mase ni masing-masing da kepenatan...

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R Gurun untuk solat maghrb dan isya'.. dalam kereta suma kepenatan, sampai tp gagahkan juga mata kerana pemandu pun penat jg... apalagi masa tu pasang lagu kuat2 sambil menyanyi..dan tak tahu sape antara kami ni yang nyani paling kuat..hak...

Dan kami singgah makan di Restoren Malaya di Jitra...Hmmm...menu mcm best, tp lauk ye suma tak memuaskan hati.. ada ke patut kailan dia mcam kubis, bila tanya 'mas joko' tu kate kailan baby...mcm2 la...sotong goreng dia pun da mcm cucur tepung....blum lg ikan bakar dia... Sampai ada yang kate ni la pertama dan terkahir makan sini... Sembang2 kami tak sampai di situ je..benda yang membuatkan semua hilang ngantuk bila Ecah buka cerita tentang seorang member ni yang fikir lori yang ditunda yang membuatkan jalan jem mase pegi Pantai merdeka tu adalah kerana pemandunya revious sepanjang perjalanan...logik tak??? hmmm... Masa tu mula la forum tentang tahap ke'blurr'an dia... Gelak sakan semua....setelah kami pulang ke kolej msing2...

Bila pikir2 blik, betul la... kenangan2 yang indah ini suatu hari nanti akan mebuatkan kita menangis.. Shima selalu kata" aku akan menangis teruk kang"... Ini kerana kita tahu hari itu akan tiba..saat perpisahan bersama rakan2... Terima kasih semua kawan2 kerana bg ku kenangan yang sangat berharga...bagi peluang diri ini untuk bergembira walupun kita tahu hari sedih itu akan tiba... Terima kasih semua....

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

...PERJALANAN BERSAMA TEMAN...

Pertama kali menulis mengenai kehidupan saya dalam blog ini kerana ingin berkongsi pengalaman berjalan-jalan bersama rakan-rakan pada 9 dan 10 hr April. Idea untuk berjalan ni diutarakan bersama Shima Pahang dan dirancang bersama Nurul yang sememangnya anak jati Kedah.. hehehe.. Setelah berbincang dengan rumitnya seperti menjawab paper 5 ribu, akhirnya kami setuju untuk pergi bersama-sama rakan lain seperti Shima Jb, Aishah, Zue, K.huda dan Nisa dan termasuk kami bertiga. Jadi semuanya 8 orang dengan 2 kereta.

Perjalanan kami bermula tatkala hari semakin habis.. hmm tgah malam la tu.. Punya la bersemangat semuanya... Yela nak berjalan.. Destinasi pertama kami adalah Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lenggong, Baling Kedah...Diorang kata, pegi tempat ni seronok time2 pagi2 buta. Rasanya pertama kali berjalan di pagi-pagi buta semata-mata nak pegi mandi..Rasa teruja juga la nak pegi ni sebab tak pernah pegi kan. Sya naik keta dengan Shima Pahang, Shima Jb dan Nurul yang bertindak untuk drive pada malam tu...bukan malam tu je, tp sebenarnya sepanjang perjalanan kami berjalan dia yang drive kerana antara kami berempat hanya 2 orang yang boleh drive, tapi seorang lagi ada 'lesen terbang'...huk33... Perjalanan kami mengambil masa dekat 2 jam.

Lebih kurang dekat pukul 3 kami sampai ke destinasi pertama. Bayaran dikenakan kepada stiap pengunjung adalah RM4 sahaja. Agak murah dan berbaloi la juga.. Mula-mula msuk, asap-asap dari kolam air panas mula kelihatan. Suasananya macam best la juga.. tapi bila mula-mula masuk tu agak terkejut la juga, ye la tengok cara orang mandi yang macam bercampur laki perempuan.. tapi bila tengok diorang ni buat selamba je, apa lagi buat selamba je la... Masing-masing mandi untuk tujuan rawatan kesihatan...

Ramai keluarga, dan ada juga yang datang bersama kawan-kawan seperti kami.. Rasanya inilah kolam air panas yang paling besar saya lihat. Lebih kurang ada buah 3 kolam. Satu kolam yang sangat panas, satu untuk kanak-kanak dan satu lagi kolam untuk dewasa yang besar juga..kami berendam dalam air panas sehingga dekat pkul 5. Setelah itu kami bertolak ke rumah Nurul yang berada di kawasan Baling juga.

Perjalanan kami dihalang dengan kabus yang tebal... Kena berhati-hati.. Kami sampai ke rumah Nurul pabila dekat subuh dan disambut dengan kokokan ayam yang bertalu-talu... Suasana kampung mula terasa bila sampai di rumah Nurul..hmm nyamannya..Mase tu masing-msing ambil peluang untuk membersihkan diri, menunaikan solat dan tidur.. Masing-masing kepenatan kerana berendam dalam air panas. Walaupun sya tak berendam seluruh badan macam diorang tapi tetap rase penat, ye la selalu time3 tu orang tido.. tapi apepun mmg best la...

Lebih kurang pkul 1o semua bngun..ye la semua anak dara, duduk pula kat rumah orang mesti la kena cover ckit...Pgi tu kami dihidang dengan roti canai dan nasi lemak.. Setelah siap sarapan, semua siap2 nak pegi ke destinasi seterusnya. Mak Nurul bekalkan kami nasi yang dibalut dengan daun pisang, dengan sambal belacan, sayur nangka, ulam-ulaman, ikan goreng (yg digoreng oleh Nurul dan Zue yang mencuba nasib) serta ayam masa merah (bahannya diblende oleh Shima Jb dan dimasak oleh ketua chef, Shima Pahang). Melihat diorang saling bekerjasama sangat seronok...walaupun hanya sekejap sahaja duduk di rumah Nurul terasa seperti kami semua sudah mesra ditambah lagi denga telatah adik Nurul yang sangat peramah...

Sebelum bertolak kami bergambar bersama mak Nurul sebagai tanda kenangan. Kami sangat menghargai yang menerima kehadiran kami...

Bersambung....jengjeng..jeng...





Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, April 9, 2010

...FALSAFAH LESUNG BATU...

Setiap apa yang ada sebenarnya mempunyai falsafahnya sendiri yang tidak kita ketahui... Seperti lesung batu misalnya, ia mempunyai falsafah dalam melaksanakan 'tugasnya' . Saya pernah terbaca falsafah lesung batu ini, sperti :

"Falsafah lesung batu; di mana 2 unsur asing, berbeza latar belakang bersua dan mesra di lesung batu. Cili hasil tanaman darat bertemu dengan garam perasa galian dari lautan. Pertembungan tanpa mengira 'budayanya' dan hasilnya tidak lagi terpanggil cili atau garam tetapi sambal.

Kesepakatan dan kerjasama, bertolak ansur dan ditambah pula kepakaran tukang masak akhirnya menghasilkan sambal yang mengliurkan. Begitulah hidup bermufakat dan sering berkerjasama tanpa mengira latar belakang yang berbeza akan memupuk perpaduan dan budaya hidup aman sentosa. "


p/s: Wujudkan semangat SATU MALAYSIA antara kita...TUhan ciptakan kita dengan kepelbagaian ada hikmahnya tersendiri..



Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Thursday, April 8, 2010

...HATI KITA...


Hati adalah nadi utama kita..
setiap manusia mempunyai hati..
Hati kita selalunya tidak pandai berbohong..
dalam melakukan tindakan kita selalunya mengikut kata hati..
namun, adakah selalunya hati kita betul??

Orang selalu kata, hati tak boleh menipu..
yang menipu itu mulut, yang menipu itu wajah,
namun hakikatnya semua bergantung kepada hati..
Orang ada kata, bila kita tersenyum..
kadang kala kita hanya nak menutup kebenaran yang ada pada hati..
Orang juga ada kat, bila kita berkata,
kadang kala tidak menggambarkan keadaan hati kita...

Mengapa kita selalu begitu??
Adakah kerana kita hanya hendak menjaga hati orang lain?
atau kerana kita tak nak hati kita terluka?

Hati itu diibaratkan seperti segelas cawan yang mempunyai air yang jernih..
kejernihannya sering diabaikan dengan kekotoran hidup..
Jangan suatu hari nanti perumpamaan hati yang
jernih itu akan berubah menjadi hati yang kotor.
. seperti secawan air kopi yang pekat yang tidak nampak jernihnya...

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, April 2, 2010

...GUGUR DAUN YANG TERTULIS NAMA TERPILIH...

Tanda ini juga berlaku pada waktu Asar. Pusat akan terasa berdenyut-denyut. Bagi yang sedar dia akan tahu , bahawa dalam 40 hari lagi masa dia akan sampai. Masa ini daun yang tertulis nama yang dah sampai waktunya gugur pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Pokok yang disebutkan bukanlah seperti pokok yang dibayangkan di bumi ini. Kita anggaplah ia seperti daun tetapi “daun” tapi daunnya lebih hebat dari daun di bumi ini.

“Daun” ini yang tertara namanya yang akan “pulang” itu akan dipungut oleh Malaikat maut. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya untuk "menjemputnya" kembali. Dan malaikat ini akan sentiasa ikut orang yang akan "pulang "itu, kemana sahaja dia pergi. Kadang kala akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Malaikat maut ini hanya seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Pada saat akhir nafas orang yang akan dijemput itu, malaikat maut akan sentiasa bersamanya sehingga hari yang ditunggu-tunggu tiba. Allah SWT telah mengamanahkan malaikat maut untuk menjemput orang-orang yang Dia sayangi. Tidak kira dalam keadaan yang baik ataupun buruk. Saat itu berpisahlah insan terpilih itu meninggalkan teman, keluarga, guru, saudara-mara dan kehidupan di dunia yang fana ini. Kematian dan kehilangan itu pasti.

Sedarlah kita, semua bersama kita ini adalah pinjaman semata-mata. Pemilik mutlaknya hanyalah Allah Yang Esa. S
ampai satu saat Allah akan menuntut semula setiap satu yang dipinjamkan kepada kita.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Wallahualam..



Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")