Wednesday, June 8, 2011

...'ANAK' DI SYURGA...


Assalamualaikum....
Berita yang sedih dan gembira..
Pagi tadi dikejutkan dengan 'perginya' seorang bayi yang baru berusia tak sampai seminggu.....
Lahirnya ia disambut gembira orang sekelilingnya...


Namun..

Tuhan hanya meminjamkannya nyawa buat beberapa hari...
Tuhan hanya memberinya peluang semntara...
Tuhan memberikan kegembiraan buat beberapa saat.. 
Inilah hakikat...
Tuhan hanya meminjamkan segalanya buat kita hanya sementara...


Gembira di penghujungnya..

Apa yang diketahui, apabila anak yang belum baligh lagi yang meninggal dunia  akan menunggu di syurga.. Dia akan menunggu ibu bapanya di syurga...


Dan tatkala matinya kamu nanti akan  ditunggu anak mu di pintu syurga serta bersedia menolong untuk membukakan pintu Syurga buat mu...


Bayi yang 'pergi' itu akan sentiasa menunggu di pintu syurga, menunggu ibunya hadir mendekatinya... 
Si anak itu melambai-lambai ibunya dan menangis di pintu syurga.
Sesungguhnya, inilah yang dianggap anak di syurga...

Al fatihah buat si anak yang 'pergi'....


Takziah Buat Mohd Nasrul dan Alfiah,


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak itu..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik...
Anggaplah itu sebagai satu ujian dari Allah kepada hambaNya.
Semoga tabah dan sabar serta redha atas ketentuanNya...

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, June 3, 2011

...REJAB...


Hari ini Jumaat bersamaan 1 Rejab 1432 hijrah. Sempena ini, bersamalah kita menghayati bulan Rejab ini.

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Oleh itu, marilah kita bersama merebut peluang untuk memuliakan bulan Rejab...
 

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Thursday, June 2, 2011

...SUKARNYA FAHAMI DIRI...


Sukarnya kita nak fahami diri orang lain.. Kita tak tahu apa yang orang fikirkan, apa yang orang rasakan.
MySpace
Walaupun kita duduk bersama 24 jam serta meluangkan masa berkongsi cerita , namun belum tentu kita akan memahami perasaan dan hati seseorang itu.
MySpace
Apatah lagi kalau kita berada dalam jarak yang berjauhan dan jarang berhubung. Masakan kita boleh memahami hati orang yang ingin kita fahaminya..
MySpace
Kadang-kala terfikir juga..

Mengapa sukar untuk memahami hati orang..MySpace
Mengapa sukar merasakan apa yang orang lain rasa..MySpace

Mengapa dan mengapa..
MySpace
Kita bukan tidak cuba untuk memahami hati orang.. Tetapi hakikatnya kita memang takkan memahami orang lain 100%... 

Dalam fikir-fikir itu.. tiba-tiba tergerak hati mengatakan, sedangkan diri kita pun kita rasa tak siapa pun yang akan  faham apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan kecuali diri sendiri..
MySpace

Walau sebanyak mana pun dicurahkan rasa dan kata kepada orang lain seperti teman,keluarga dan sesiapa pun, pasti akan terdetik sedikit kata " tak siapa faham".
MySpace
Bak kata pujangga "Fahamilah diri sendiri kerana tidak ada seorang manusia pun yang memahami manusia lain sepenuhnya"
MySpace
Inilah hakikat sebenarnya, namun pabila kita tak memahami orang lain, kita juga akan tidak difahami oleh orang lain...
MySpace
Dan pabila kita rasa tidak difahami, kita akan rasa sedih dan terluka...  begitu juga sebaliknya..MySpace


Cuba bayangkan, 
MySpace
Kita ini mempunyai kuasa untuk membaca fikiran orang lain..
Adakah kita akan memahami orang lain ? Atau kita belajar memahami?
MySpace

Semua itu berasaskan kepada diri kita..Tanya hati dan buka minda....
MySpace

Wassalam..
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")