Tuesday, November 29, 2011

....RENEW HATI....



Assalamualaikum....


Rasanya masih sempat nak ucap Selamat Tahun Baru sempena memasuki tahun baru Hijrah iaitu 1433 Hijrah buat seluruh umat Islam di dunia...


Apakah yang perlu kita lakukan sempena tahun baru ni????


PERTAMA : MUHASABAH DIRI


Muhasabah diri ini merupakan UBAT untuk RAWATAN dalaman diri kita agar lebih mengingatkan kita keadaan diri serta perjalanan hidup kita ke arah menuju YANG ESA. Adakah kita cukup bekalan untuk bertemu-Nya, 'berkelah' di ladang-Nya serta bertemu-Nya.... MasyaAllah... terlalu jauh diri ini. Muhasabah itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Inilah masanya untuk kita kembali muhasabah diri. Kenali kelemahan diri, kekuatan hati dan kesedaran jiwa.


Letakkan rasa syukur di sudut hati tertinggi kepada-Nya kerana masih memberi ruang untuk kita bernafas udara-Nya dan menikmati hidup di bumi-Nya di tahun baru ini. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga.


KEDUA : PERBAIKI DIRI


Setelah kita ketahui punca sesuatu masalah pasti kita mencari jalan penyelesaian. Di saat ini, kita perlu perbaiki diri.. AMALAN kita, SOLAT kita, IBADAH kita, KEHIDUPAN kita dan seluruh hidup kita.


Yang penting ada PERBAIKI HATI kita melalui IBADAH SOLAT, BERZIKIR KEPADA-NYA, BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI.. Setiap perkara yang kita lakukan berpusat pada hati. Jika hati kotor bagaimana hendak melahirkan insan yang berakhlak. Hati kita perlu sentiasa dicuci dan dibetulkan agar kita tidak terus rosak dengan arus kehidupan.


Mengapa kita tunggu ia rosak?? Mengapa tunggu ia tua?? 
Di saat itu adakah ia mampu lagi untuk diubat??

Bersama kita hayati pengertian hijrah... =)








Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Saturday, August 6, 2011

...ULANGTAHUN KELAHIRAN...

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Fatimah..
Allah selamatkan kamu...
MySpace nyanyi sendiri tu..haha...MySpace

Alhamdulilah.. umur ku da cukup lagi sempena semalam tanggal 5 Ogos 2011... Terima kasih atas segala ucapan daripada rakan-rakan, guru-guru, para pelajar dan sedare mare.... Terima kasih atas segala ingatan tak kira melalui Facebook, Sms dan ucapan lisan... Syukur dan terharu tak terkata.. Pabila tiba ulangtahun, perkara penting yang ingin ku kutip adalah Keberkatan sepanjang hidup ku, Doa dari semua yang mendoakan ku....Moga aku tabah menghadapi hidup akan datang...

Doa ku...

Ya Allah..
Panjangkan usiaku..
Agar lebih lama dapat ku mentaati-Mu..
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang..
Moga di akhirat kelak dapat ku mengutip hasilnya..

Ya Allah..
Tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku ini..
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku..
Rehatku adalah rantaian zikir..
Rantai yang ku kalungkan pada leher ku..
Sebagai tanda cinta ku padaMu

Ya Allah..
Engkau tidak mensia-siakan segala usaha ku..
Mencari haruman Syurga ciptaanMu..
Tempat rehat dan nikmat yang abadi...
amin..



Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Sunday, July 31, 2011

...KERINDUAN RAMADHAN....

Assalamualaikum.... dah lama tak mengadap blog ni.. setelah sekian lama mendiam diri akhirnya bersuara kembali... alhamdulillah syukur pada Illahi... Kini kita berada dipenghujung Syaaban yang kian meninggalkan kita.. Dan Ramadhan tiba lagi... Kerinduan Ramadhan kian dikenang...bersahur, berbuka, bertarawikh dan beribadah kepada Allah swt... Peluang untuk menikmatinya kembali..inilah yang kita sering idamkannya..kemeriahan yang tidak dapat dirasai di bulan yang lain...

Persoalan ku :
Adakah dapat ku menjalani ibadah puasa dengan sempurna?
Adakah ku dapat lakukan yang terbaik atau lebih baik dari sebelum ini?
Apakah persiapan ku menghadapi bulan penuh barakah ini?

Dikesempatan ini, marilah kita bersama muhasabah diri, mengupas kesilapan diri agar kita tidak meninggalkan Ramadhan dengan sia-sia.... Ramadhan kan pergi dan kembali..namun, adakah kita kan berpeluang lagi untuk merasai Ramadhan akan datang.... Hargailah Ramadhan kali ini... Hargailah setiap saat kita bersama Ramadhan.... Insyaallah.... Akhir kata " SELAMAT BERPUASA"
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Wednesday, June 8, 2011

...'ANAK' DI SYURGA...


Assalamualaikum....
Berita yang sedih dan gembira..
Pagi tadi dikejutkan dengan 'perginya' seorang bayi yang baru berusia tak sampai seminggu.....
Lahirnya ia disambut gembira orang sekelilingnya...


Namun..

Tuhan hanya meminjamkannya nyawa buat beberapa hari...
Tuhan hanya memberinya peluang semntara...
Tuhan memberikan kegembiraan buat beberapa saat.. 
Inilah hakikat...
Tuhan hanya meminjamkan segalanya buat kita hanya sementara...


Gembira di penghujungnya..

Apa yang diketahui, apabila anak yang belum baligh lagi yang meninggal dunia  akan menunggu di syurga.. Dia akan menunggu ibu bapanya di syurga...


Dan tatkala matinya kamu nanti akan  ditunggu anak mu di pintu syurga serta bersedia menolong untuk membukakan pintu Syurga buat mu...


Bayi yang 'pergi' itu akan sentiasa menunggu di pintu syurga, menunggu ibunya hadir mendekatinya... 
Si anak itu melambai-lambai ibunya dan menangis di pintu syurga.
Sesungguhnya, inilah yang dianggap anak di syurga...

Al fatihah buat si anak yang 'pergi'....


Takziah Buat Mohd Nasrul dan Alfiah,


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak itu..
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik...
Anggaplah itu sebagai satu ujian dari Allah kepada hambaNya.
Semoga tabah dan sabar serta redha atas ketentuanNya...

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, June 3, 2011

...REJAB...


Hari ini Jumaat bersamaan 1 Rejab 1432 hijrah. Sempena ini, bersamalah kita menghayati bulan Rejab ini.

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Oleh itu, marilah kita bersama merebut peluang untuk memuliakan bulan Rejab...
 

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Thursday, June 2, 2011

...SUKARNYA FAHAMI DIRI...


Sukarnya kita nak fahami diri orang lain.. Kita tak tahu apa yang orang fikirkan, apa yang orang rasakan.
MySpace
Walaupun kita duduk bersama 24 jam serta meluangkan masa berkongsi cerita , namun belum tentu kita akan memahami perasaan dan hati seseorang itu.
MySpace
Apatah lagi kalau kita berada dalam jarak yang berjauhan dan jarang berhubung. Masakan kita boleh memahami hati orang yang ingin kita fahaminya..
MySpace
Kadang-kala terfikir juga..

Mengapa sukar untuk memahami hati orang..MySpace
Mengapa sukar merasakan apa yang orang lain rasa..MySpace

Mengapa dan mengapa..
MySpace
Kita bukan tidak cuba untuk memahami hati orang.. Tetapi hakikatnya kita memang takkan memahami orang lain 100%... 

Dalam fikir-fikir itu.. tiba-tiba tergerak hati mengatakan, sedangkan diri kita pun kita rasa tak siapa pun yang akan  faham apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan kecuali diri sendiri..
MySpace

Walau sebanyak mana pun dicurahkan rasa dan kata kepada orang lain seperti teman,keluarga dan sesiapa pun, pasti akan terdetik sedikit kata " tak siapa faham".
MySpace
Bak kata pujangga "Fahamilah diri sendiri kerana tidak ada seorang manusia pun yang memahami manusia lain sepenuhnya"
MySpace
Inilah hakikat sebenarnya, namun pabila kita tak memahami orang lain, kita juga akan tidak difahami oleh orang lain...
MySpace
Dan pabila kita rasa tidak difahami, kita akan rasa sedih dan terluka...  begitu juga sebaliknya..MySpace


Cuba bayangkan, 
MySpace
Kita ini mempunyai kuasa untuk membaca fikiran orang lain..
Adakah kita akan memahami orang lain ? Atau kita belajar memahami?
MySpace

Semua itu berasaskan kepada diri kita..Tanya hati dan buka minda....
MySpace

Wassalam..
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Tuesday, May 31, 2011

...BUAT PEMILIK CINTA...



Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.
MySpaceMySpace

Cinta bukanlah hanya dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
MySpace

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
MySpaceMySpace
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata.

MySpace

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
MySpace
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
MySpace
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat dan jodoh sebenarnya.
MySpaceMySpace



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
MySpace

Cinta itu tidak datang bergolek, juga tidak datang secara melayang. Namun cinta itu hadir secara halimunan, tanpa kita sedarinya.
MySpace
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Sunday, May 29, 2011

...PANGGILAN-MU...


Inilah saya ketika zaman kanak-kanak... Alhamdulillah, kini umur ku 24 tahun... Masa berlalu tanpa menunggu sedetik waktu... Makin bertambahnya umur kita makin hampirlah kita ke arah kematian...

Syukur ke hadrat Illahi, Tuhan masih lagi memberiku peluang untukku bernafas di muka bumi mu ini, menuntut ilmu di 'sekolah' Mu, bekerja di 'tempat kerja-Mu', menikmati kehidupan yang baik dalam kehidupan duniawi Mu ini...

Tatkala berhadapan dengan seseorang yang sedang menghadapi saat-saat akhir kehidupannya, hati ku mula hiba dan sayu...

Adakah aku sudah menggunakan setiap bilangan umur ku dengan taat kepada suruhan-Mu??

Adakah aku mendapat keberkatan setiap saat kehidupan ku ini???

Adakah aku seorang yang baik pada pandangan Mu??

Adakah aku layak untuk syurga-Mu??

Apakah yang selayaknya untukku di akhirat mu???



Ya Allah...
Sesungguhnya aku takut kepada-Mu..
Namun aku masih mahu mendekati-Mu..
Tetapi aku sentiasa leka, cuai dan alpa dengan nikmat-Mu..
Tanpa aku sedari, aku jauh dari-Mu...
Aku makin jauh dari-Mu...

Ya Allah..
kurniakan keberkatan dan rahmat sepanjang usiaku..
Ikhlaskan hatiku dalam beramal..
Jadikan seorang aku hamba yang benar-benar bertaqwa..
Berikanlah kebaikan untuk ku di dunia dan akhirat-Mu..
Temukan ku juga jodoh dengan suami soleh yg membahagiakan aku dunia dan akhirat..

Ya Allah..
Apabila Engkau 'memanggilku' ambillah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah dan sempatkanlah aku mengucapkan kalimat "LA ILAHA ILLALLAH"
Sesungguhnya aku rasa takut akan nearaka Mu.....
Amin..

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Sunday, May 22, 2011

...SAKIT ITU UJIAN...


Sakit itu adalah ujian, ujian itu satu peringatan dan penyedaran diri...

Semalam, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang terjadi di hulu langat yang meragut nyawa 16 orang anak-anak yatim Madrasah Hidayah At Taqwa.. Tak dapat bayangkan betapa sedihnya... Apatah lagi mereka semua anak-anak yatim... Namun Allah lebih menyayangi mereka..Moga mereka di golong dalam kalangan yang beriman..

Semalam juga, pak cik yang duduk di rumah depan ni pula jatuh sakit.. Katanya, dia sesak nafas dan hari ini dia dikatakan koma.. Semasa di hospital, terpandang aku kat katil-katil sebelah pak cik tu...kebanyakkannya dalam keadaan koma iaitu separuh hidup dan separuh mati... Ramai sedara -mara, jiran tetangga yang datang melawat keadaan pesakit....


Bagaimana dengan kita yang masih sihat dan lapang ini??

Adakah kita sedar akan semua ini??

Tidakkah kita tahu semua ini peringatan tuhan agar kita sedar??


Sesungguhnya, sakit itu adalah satu ujian, namun ketika kita sihat juga merupakan satu ujian yang tanpa kita sedari...

Bagaimana kita menghabiskan masa dan menghargai waktu sihat ini....
Sakit dan musibah itu datang dari Allah untuk hambanya dan mempunyai sebab dan hikmah disebaliknya...
Jadi, bersamalah kita beringat dan sentiasa beramal dengan suruhanNya...


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Ya Allah... 
Engkau jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar dengan setiap ujian dan dugaan Mu...


p/s : Takziah buat setiap perkara yang terjadi...

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Saturday, May 21, 2011

...TATKALA KITA SUNYI...


Tatkala kita sunyi dan kesedihan terhadap manusia, tidak bermakna kita bersendirian...
Allah sentiasa ada untuk kita...
Allah ada masa kita senang, gembira, lapang, sempit, sunyi dan sedih...
Namun, sikap kita yang lupa dan leka sering melupakan 'kehadiranNya' di sisi kita...
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang kita lebih dari segalanya...
Dialah Teman..
Dialah Kawan..
Dialah Kekasih...
Dialah yang sentiasa menjadi segalanya  kepada hamba-hambaNya....
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Friday, May 20, 2011

...Pabila kita leka dan alpa...

Hari ni tetiba rasa sesuatu yang 'hilang' dan 'jauh' bila terbaca kata-kata ini......
Kadang-kadang kita rasa jauh dengan-Nya...
Ya Allah..dekatkanlah hatiku dengan Mu...


Cecahkan dahimu ke sejadah 
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan 
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan 
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan 


Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan 
Dengan kain kafan yang serba putih 
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih 
Walaupun orang yang hadir itu merintih 

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai 
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah 
Dengan empat kali takbir dan satu salam 
Berserta Fatihah, Selawat dan doa 
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah 

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus 
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? 
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud 
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian 

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat 
Usungl! ah dirimu ke tikar solat 
Sebelum kamu diusung ke liang lahad 
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat 

Iringilah dirimu ke masjid 
Sebelum kamu diiringi ke Pusara 
Tangisilah dosa-dosamu di dunia 
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' 

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan 
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan 
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan 
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan 

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal 
Bukan yang pergi 
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan 
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan 
Ingatlah di mana saja kamu berada 
Kamu tetap memijak bumi Tuhan 
Serta menikmati rezeki Tuhan 

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya 
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya 
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi 
segumpal darah Lalu menjadi seketul daging 
Lalu daging itu membaluti tulang 
Lalu jadilah kamu insan y! ang mempunyai erti 
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu 
Yang kalau jatuh ke tanah 
Ayam tak patok itik tak sudu 
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu 
Yang lebih agung dari malaikat 
Lahirmu bukan untuk dunia 
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat 

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' 
Dengan penuh rela dan bersedia 
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' 
Jalan kemenangan akhirat dan dunia 

Ingatlah yang kekal ialah amal 
Menjadi bekal sepanjang jalan 
Menjadi teman di perjalanan 
Guna kembali ke pangkuan Tuhan 

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera 
Isteri, kad kredit dan kereta 
Kondominium, saham dan niaga... 

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Monday, May 2, 2011

...ALHAMDULILAH...

Alhamdulilah...
Syukur pada Illahi...
Abi dan Ummi dapat menunaikan Umrah di tanah suci Allah.......
Ini merupakan kali pertama dan Insyaallah moga akan ada lagi untuk kali kedua untuk menunaikan ibadah di sana...
Moga Abi dan Ummi dipermudahkan segala urusan......
Penyucian diri ini bermakna juga penyucian hati....
Moga kami pun berpeluang untuk ke sana....
InsyaAllah....
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Tuesday, April 26, 2011

...PERMATA HATI...


MySpace
Post kali ni nak memperkenalkan 'hero' baru untuk keluarga ku....

HERO PERTAMAMySpace

NAMA       : MUHAMMAD HANZALAH
GELARAN : "PUNCAK ALAM MAN JUNIOR"
DILAHIRKAN : 4 DISEMBER 2009
KEKUATAN : IBU DAN ABAHNYA
KELEBIHAN : SKILL BERMAIN BOLA
KEGEMARAN : MINUM SUSU
PERKEMBANGAN : PANDAI BERJALAN, MULA NAK BERCAKAP, SUKA BERKAWAN

HERO KEDUAMySpace


NAMA       : MUHAMMAD AFNAN
GELARAN : "PUNCAK ALAM MAN SUPER JUNIOR"
DILAHIRKAN : 25 MAC 2011
KEKUATAN : IBU DAN ABAHNYA
KELEBIHAN : MENANGIS DENGAN KUAT
KEGEMARAN : MINUM SUSU
PERKEMBANGAN : MAKIN COMEL, MAKIN MANJA

MySpace
PESANAN UMI CHIK BUAT HERO-HERO SEKALIAN :

"Masa kian berlalu, umur mu  makin bertambah, perubahan demi perubahan untuk mu pasti ada perkembangan, bermula dari saat mu menangis, merangkak, berjalan dan kian berkembang... di saat itu, kau sudah pandai membuat pilihan, buatlah pilihan yang betul, jadilah insan yang sebaik-baiknya, jadilah insan yang kuat, sabar, tabah dan sentiasa berpegang kepada agama.... Moga kedua-duanya menjadi AANAK YANG SOLEH...

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

Thursday, March 24, 2011

...HARI INI AKU SEORANG GURU IV...

Hari ini sekolah ada mengadakan majlis perpisahan pengetua SMK Taman Connaught..... Pertama kali datang sekolah ni, pandangan pertama mengenai beliau adalah beliau seorang yang tegas dan wanita yang hebat.... Walaupun tanpa mengenali beliau...
MySpace

Dalam masa yang singkat ni dan walaupun belum pernah bekerjasama dengan beliau, aku dapat mempelajari banyak benda....antaranya 
PRIHATIN DENGAN PELAJARMySpace
 SEDIA BERKHIDMAT MySpace
TEGUH PENDIRIAN  MySpace

 Dan hari ini semasa berpelukan dengan beliau dalam majlis perpisahan, beliau ada menyebut " JADI GURU YANG BAIK DAN TERIMA KASIH" wah..."BAIK" tu merangkumi semua maksud kot..... IKHLAS, BERTANGGUNGJAWAB, BERDEDIKASI, BERKASIH SAYANG dan macam-macam BER  la kot...
tapi apa pun, terima kasih bagi kata-kata semangat...

SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
SAYA CIKGU BARU NAK MENGAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN...
MySpace

ehh.....boleh lak gitu....anyway.... terima kasih atas segala cerita-cerita motivasi yang diceritakan oleh beliau... semua itu sangat menjadi motivasi sebagai seorang guru...ibarat seorang ibu yang bercerita kepada anak-anaknya bagaiman hendak menjadi seorang yang baik... Doakan aku menjadi guru dan pelajar yang baik...aminn..
MySpace


Ya Allah,
Hamba ini sering melakukan kekhilafan,
Bantulah aku memperbaiki kesilapan ku,
Peringatkanlah aku dengan  petunjuk Mu......


Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")