Tuesday, November 29, 2011

....RENEW HATI....



Assalamualaikum....


Rasanya masih sempat nak ucap Selamat Tahun Baru sempena memasuki tahun baru Hijrah iaitu 1433 Hijrah buat seluruh umat Islam di dunia...


Apakah yang perlu kita lakukan sempena tahun baru ni????


PERTAMA : MUHASABAH DIRI


Muhasabah diri ini merupakan UBAT untuk RAWATAN dalaman diri kita agar lebih mengingatkan kita keadaan diri serta perjalanan hidup kita ke arah menuju YANG ESA. Adakah kita cukup bekalan untuk bertemu-Nya, 'berkelah' di ladang-Nya serta bertemu-Nya.... MasyaAllah... terlalu jauh diri ini. Muhasabah itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Inilah masanya untuk kita kembali muhasabah diri. Kenali kelemahan diri, kekuatan hati dan kesedaran jiwa.


Letakkan rasa syukur di sudut hati tertinggi kepada-Nya kerana masih memberi ruang untuk kita bernafas udara-Nya dan menikmati hidup di bumi-Nya di tahun baru ini. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga.


KEDUA : PERBAIKI DIRI


Setelah kita ketahui punca sesuatu masalah pasti kita mencari jalan penyelesaian. Di saat ini, kita perlu perbaiki diri.. AMALAN kita, SOLAT kita, IBADAH kita, KEHIDUPAN kita dan seluruh hidup kita.


Yang penting ada PERBAIKI HATI kita melalui IBADAH SOLAT, BERZIKIR KEPADA-NYA, BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI.. Setiap perkara yang kita lakukan berpusat pada hati. Jika hati kotor bagaimana hendak melahirkan insan yang berakhlak. Hati kita perlu sentiasa dicuci dan dibetulkan agar kita tidak terus rosak dengan arus kehidupan.


Mengapa kita tunggu ia rosak?? Mengapa tunggu ia tua?? 
Di saat itu adakah ia mampu lagi untuk diubat??

Bersama kita hayati pengertian hijrah... =)








Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")