Wednesday, November 10, 2010

...PENCURI HATI...


Suka tengok gambar ni....
MySpaceMySpace
Mereka saling menjaga antara keduanya....
Bukankah ia indah demi Allah...
MySpace
Ya Allah...
Sejauh mana iman kita nak menghadapi semua ini....
kadang-kadang kita terleka, terlalai...
tanpa sedar cinta kita kepada Allah s.w.t. semakin berkurang....
MySpace
Patutnya kita perlu ada rasa malu untuk berhadapan denganNya...
Kerana Dia yang Maha Memiliki Cinta...
Cinta kita kepada manusia ini adalah milikNya...
Kerana kita mencintai hambaNya...
MySpaceMySpace
Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi..
cinta setulus hati cintakan ayah bonda...
MySpace
Namun cinta yang lain???
Cinta itu perlu digandingkan dengan iman...
Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung....
Keduanya saling mendokong untuk terbang tinggi....
><span class=
Dari anas ra.. Dari Rasulullah bersabda:
" Ada 3 perkara bagi orang-orang yang memiliknya dan merasakan manisnya imannya, iaitu mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-gala, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan utk kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilemparkan ke dalam api." (HR. Bukhari dan Muslim)
MySpaceMySpace
Allah turut memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah,
yang membuat para Nabi dan Syuhada' merasa iri hati terhadap mereka.

Ini adalah diriwayatkan oleh Nasaie dgn sanad Abu Hurairah ra,
Rasulullah bersabda:
"Disekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan wajahnya bercahaya. Mereka bukanlah para nabi dan syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' merasa iri hati terhadap mereka." Lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, beritahulah tentang mereka.." Baginda bersabda: "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah.."
MySpaceMySpace

Ya Allah...kurniakan kepada kami CINTA terhadapMu dan CINTA kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CINTA MU, dan jadikan CINTA MU itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga....Aminn...

MySpaceMySpace
Tata...


MySpace
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

No comments:

Post a Comment