Friday, December 31, 2010

....HARI INI AKU SEORANG GURU II...

Assalamualaikum... ini catatan kedua mengenai aku seorang guru...sejak 20hb ak dah mula berkhidmat sebagai warga di SMK Tmn Connaught, Cheras.... Alhamdulllah... hari ini ak seorang guru... Hmm... perasaan menjadi guru??? blum rasa yang real punya perasaan lagi sebab belum berhadapan dengan pelajar..mudah-mudahan nanti semua dalam keadaan yang baik serta khidmat ku berjalan lancar......

Semalam adalah Hari Orientasi pelajar tingkatan 1 bersama ibu bapa...banyak sistem sekolah yang diperkenalkan yang bagi aku antara yang terbaik la yang pernah aku jumpa.. Ye la....kehadiran pelajar akan diambil melalui 'thumbprint' pelajar serta guru tingkatan secara manual......Jadi apabila pelajar tak buat 'thumbprint,' pada masa hadir ke sekolah, sistem sms akan automatik ke ibu bapa yang menyatakn anaknya tidak hadir.... Sangat bagus juga la macam ni....iyelah zaman IT...

Semalam juga aku da mula dapat jadual mengajar untuk tahun 2011...aku dapat mengajar dua subjek... BM dan P.Sivik....Wah.... ak kena study blik BM ni... ye la dah jadi Cikgu BM.... Dulu yang ajar ak BM ni masa sekolah Cikgu Rohaya, Ustazah Rafizah dengan Cikgu Azlina.....Hmm... teringat zaman2 sekolah......
Seronok ye...jasa guru ku takkan ku lupa.....hmmm..nak kena study balik mcamana nak ajar BM....nak mendidik anak bangsa supaya "Memperkasakan Bahasa Melayu"...hehe

Alhamdullah...hari ini aku seorang guru......tugas guru sebenarnya bukan senang...guru perlu jadi contoh untuk masyarakat....aku bukan 100% lagi boleh dibuat contoh...hmm tapi apepun ini bukan masalah untuk aku mempertingkatkan diri...bak kata bait lagu.."jika kau katakan kau BOLEH, kau pasti boleh melakukan...!!" Hmm...Sebelum ni ada beberapa guru-guru ku yang bagi nasihat sebelum aku melaksanakan tugas seorang guru.....:
Kata Cikgu Mimah : "Perlu sabar dan ikhlas dalam melakukan tugas"
Kata Ustazah Rafizah : "Di samping mengajar jangan lupa menyampaikan dakwah, dakwah bukan sahaja   mengenai agama,  tapi juga mengenai akhlak dan tingkah laku..."
Kata Ustazah Rafizah: " Kalau dah gaji jangan lupa bersedekah, hulur dekat mak dan ayah untuk keberkatan.."
 Kata Tn Hj. Rahim: " Jadi  guru yang 'R' = Responsible, Rajin...."

Insyaallah...akan ku cuba sedaya upaya ku...
Ya Allah...hamba ini masih menimba ilmu di bumi Mu yang tidak pernah habis..
Walaupupun Engkau telah memilih aku untuk menjadi seorang guru, izinkan aku sentiasa menimba ilmu Mu..... Di samping aku mengajar, Engkau kuatkanlah semangat ku..... Amin...
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

3 comments:

  1. alhamdulillah....tahniah sahabat!

    ReplyDelete
  2. Tahniah......Betul niatnya..benar langkahnya.insyaallah keberkatan bg seorang guru akan hadir...(ilmu yg diamalkan lg berpanjangan)doakan den pulok..hihihih..
    moga Allah sentiasa membantu kamu pada setiap urusan kamu....

    ReplyDelete
  3. tahniah..semoga menjadi pendidik yang dapat meemjukan ank bangsa..insya'allah...=)

    ReplyDelete