Friday, June 3, 2011

...REJAB...


Hari ini Jumaat bersamaan 1 Rejab 1432 hijrah. Sempena ini, bersamalah kita menghayati bulan Rejab ini.

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah.

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
Oleh itu, marilah kita bersama merebut peluang untuk memuliakan bulan Rejab...
 

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

No comments:

Post a Comment