Sunday, January 17, 2010


...GERHANA MATAHARI...


Penampakan Gerhana matahari cincin dari India. Sumber (Reuters/Rupak De Chowdhuri)
Pada 15 Januari 2010


Menurut catatan sejarah bahawa gerhana matahari telah berlaku pada 10 Rabiul Awal tahun ke-8 hijriah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera baginda SAW iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari. Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang mafhumnya:

“Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu” (Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari)

Sesungguhnya berlakunya gerhana matahari atau bulan memang menjadi tanda kebesaran Allah dan supaya manusia bersyukur terhadap-Nya tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Allah SWT Maha berkuasa di atas segala sesuatu. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 71-73:


Maksudnya: “Katakanlah: Bagaimanakah pandanganmu jika Allah menjadikan malam kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah selain Allah yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar? Katakanlah: Apakah pendapatmu jika Allah menjadikan siang kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah tuhan selain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat? Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

Mudah-mudahan dengan adanya rahmat Allah tersebut, maka dapatlah manusia itu berterima kasih kerana telah banyak menerima budi yang patut dibalas. Allah SWT tidak sekali-kali mengharapkan pembalasan. Tetapi apa yang patut dilakukan sebagai tanda syukur dan berterima kasih itu hendaklah manusia memuji Allah setulus-tulusnya dan seikhlas hati tanpa menyekutukan-Nya.

Hikmah pengajaran daripada kejadian gerhana ;

Pertama : Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam;
Kedua : Memperingati tentang nikmat syurga dan azab neraka;
Ketiga : Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaituAllah;
Keempat : Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amalkebajikan sepanjang masa; dan
Kelima : Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaandan keingkaran mentaati perintah-Nya.

Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

No comments:

Post a Comment