Wednesday, March 17, 2010

...ALLAH TELAH MERANCANG SESUATU...

Setiap apa yang terjadi semuanya telah tertulis dalam 'buku' perancangan Allah swt. Rezeki, jodoh pertemuan, musibah, kesenangan, kehidupan dan kematian hambaNya semua telah dirancang...Mungkin ada hikmahnya setiap perkara yang terjadi. Allah menurunkan musibah dan ujian supaya hambaNya sedar dari lena yang panjang..

Allah akan menguji setiap hambaNya. Cuma ujiannya yang berbeza. sebenarnya ujian -ujian itu membuatkan seseorangbitu lebih tabah, kuat dan sedar akan segala kepunyaan Allah.

Sebuah kisah mengenai anak tiram yang mengadu sakit kepada ibunya bahawa ada batu yang masuk dalamnya dan menyakitkannya, ibunya berkata " Ambillah batu itu dan simpan ia" Anak tiram itu menangis dan menyimpannya. Setelah bertahun-tahun, akhirnya batu yang berada dalam anak tiram itu bertukar menjadi sebuah mutiara yang cantik. Anak tiram itu akhirnya menjadi 'tiram yang luar biasa' dan bukan 'tiram biasa' yang menangis sahaja apabila diujinya.

Di sebalik kisah inilah yang dapat kita lihat hikmah daripada ujian-ujian Allah swt. Allah hendak menjadikan hambaNya tabah dalam menempuhi ujian yang diturunkan.....
Terima Kasih Sudi Baca Perkongsian Saya (^_^")

No comments:

Post a Comment